Saturday, May 18, 2013

tenang~

masjid Nabawi...:)

Thursday, May 16, 2013

Allah, aku yakin dgnMU.

Untukmu di Lauh Mahfuz...
tidak ku ketahui siapa dirimu..dimana dirimu skrg...namun sungguh, x sabar rasa ingin berjumpa...

Jodoh, ketahuilah, dirimu akan ku sll doakan..imanmu,amalmu,jihadmu.. doa mg kite dpertemukan..amin..

Jodoh,kehidupan berpasangan akan diselang seli dgn gembira n sedih, dtambah dgn dri ku yg penuh kurang, namun disitu kite akn sg melengkapi...n dictu Allah ingin hadiahkan pahalaNya atas ksbrnmuu..

JODOH, aku merinduimu...mg Allah sll dhearty..Rasulullah d minda..amin.


<3 p="">
Allah, peliharalah aku dan jodohku....amin.

alhamdulillah...

Allah... rindunya ALLAH, Rindu Rasulullah.. rindu shbt2 yang berjuang di jalanNYA..lantang perjuangkan kalimah Allah...Allah, mg jodohku dlm langkah jhadNYA, pa mami dalam redhoNYA, abg2 n kakak2 dl hidayahNYA..amin. berkat Jumaat yang mulia, mg Alla limpahkan rhmt dan qoseh ygNYA ameen.
insha Allah.. hari ni, saya yang byk dose,  sekadar ingin berkongsi ilmu. Ilmu yg disebarkan ni dari Allah swt..dan saye hanya menyampaikan, dan diri saye terlalu banyak lagi tuk diperbaiki.. minta nasihat dan pembetlan dr shbt2 sekirenya ade silap. syukran...:)

ade 11 golongan yang dinaungi malaikat :
1) org yang sentiasa berwuduk
2)org yang menunggu azan
3)org yang suke duduk di saf hadapan apabila solat
4)hubungkan saf sms slt.
5)sms solat jemaat menyebut aaammiinnn d akhir fatihah
6)mengaminkan doa bersama-sama imam stlh slsai solat
7)solat jemaah subuh dan asar
8) doakan shbtnya tanpa pengetahuan shbt
9)menginfakkan harta
10)mnzirahi shbt handai
11)bangun sahur

walhualam.. Allah, alhamdulillah.. diberi kesempatan Allah tuk tulis nukilan ni. iman down, jom top up dgn ilmu...insha Allah.. :)

Friday, March 29, 2013

Alhamdulillah

Bismillahirohmanirohim...

Alhamdulilllah, 
berlalu sudah hari yang berkat, penghulu sgl hari, iaitu Jumaat yang patut di isi dgn al Kahfi (diberi perlindungn dr Jumaat ni hingge Jumaat dpn) dan kini menjelanglah pula hari Sabtu,  Allah, cepatnye mase..mg diisi dgn ibadah kpd Allah walau mase berlalu seperti sekelip mata sahaja, Allah, sikit amalanku...T.T

Alhamdulilah, hari ni saya ingin berkongsi bersama kalian mengenai perjalanan umrah saya yang sudah berlalu hampir sebulan yang lalu. Doakan moga saya dapat ke sana lagi selepas ni.amin. 
Alhamdulillah. 
Apa yang dapat saya pelajari di Kota Suci Mekah adalah, subhnallah... Allah terlalu maha pengampun, bagaimana bisa aku tidak jatuh cinta??

betol la apa yang tertulis dalam hadis Qudsi, " PENGAMPUNAN KU LEBIH BESAR DARI KEMURKAANKU''

aku, manusia penuh dosa,noda ni..yang rahsia dosa-daosaku ku dpegang teguh oleh Allah swt, diberi peluang untuk melihat Kaabah, solat di multazam, solat di Hijr Ismail, Allahu Robbi.. syukran Allah, syukran. 

Alhamdulilah, walau terlalu ramai orang sms tawaf, terlalu ramai... namun ketenangan menusuk dihati untuk melalukan tawaf dgn tenang,aku yakin Allah swt yang menjagaku, dan aku tahu dia maha tahu apa dalam hati...Alhamdulilah, keadaan ini aku perlu praktikkan dalam hidup, walau macam mane kesusahan dtg, Allah... Dia lah yg sentiasa dicc, xpernah melupakan kite.. benar.. Allah... T.T

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)


Allah...tenangnya di Masjidil Haram, tempat teraik di dunia, seandainya aku mampu n berpeluang jejakkan kaki di sane, mengapa tidak kamu shbt? sdgkan aku diselaputi dose2, Allah izikan jue...
ALHAMDULILAH...

Allah, saya nak g lagi..:) 

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
 



Thursday, February 14, 2013

(Alhamdulillah) Syeikh Ahmed Yassin

Alhamdulillah. Jujur dari hati, hari ni tahun 2013 dapat juga saya mengenal MANUSIA HEBAT SEBEGINI.Allah, syukran.

Kenapa? Apa sumbangan beliau? Mari kita sama-sama mengenali tokoh ini. Pertama, sungguh, saya amat-amat kagum kepadanya kerana beliau berkerusi roda kerana berlaku kemalangan ketika muda ketika beriadah dan menyebabkan kaki nya lumpuh. Namun itu tidak sedikit pun mematahan semangat beliau untuk meneruskan perjuangan. Allah, teringat kembali tangan saya akibat tekena kipas, sakit..pedih.. padahal sedikit cuma, terus berhenti buat kerja, sungguh kecil nilai jihadku, Jauh.. dan terlalu jauh ketinggalan diri ku.. Allah..

Antara pesanan beliau kpada syabab(remaja) ialah, ayuh, sama-sama kita hayati...



*****Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

*****Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

*****Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. 

*****Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH.

****** Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

*****Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia.

***** Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. 

******Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

******Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar . dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar

*****Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. 

******Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakkal kepada ALLAH swt.

Allah, Syukran..
TQ.

Syeikh Ahmed Yassin

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Berbekal IMAN+ ISLAM. Moga langkah dijihadkan. Insha Allah.

Hari ni 14 Februari 2013, tinggal beberapa hari shj lagi untuk saya yang lemah, kerdil n xde pape nituk menjadi tetamuNYA sekiranya Allah izinkan. Allah, izinkan saya ke rumah MU. amin.

Perjuangan nukilan kita hari ini diteruskan dengan mengenal tokoh agama,mujahid,para syahid. Subhanallah.. Allah..hebatnye...

Pada pukul 11am tadi, berlaku perbualan antara saya dan kakak terchenta. Dan rasanya dialog ini masih oleh dikongsi bersama..

Kak : Doh bakpe yang g dengo lagu lagho dalam hok ef eng orr...xbaik orr... lam laptop kak ade banyok lgu.. nk dgr?...

Sambil mop bilik saya menjawab, boleh jugok,lepah kene ceramoh tadi.

Dipendekkan cerita, sampailah ke satu video ni, lagu Jalan Juang, Shoutul Harokah. Jujur, saya suka lagu ini. N dalam video tu, ada keluar seorang ulama yang mana berjanggut panjang putih n menutup kepala dengan kain putih.

Kak: kenal dok sape ye ea?
Aq: Yassir Arafat...
Kak: haish! astaghfirullah... bukan..ni lah Syeikh Ahmed Yassin..
Aq:(pingo)..piye orr??
Kak: xahu ke? siang ngohh.. die ni pengasas HAMAS, ikutan IKHWANUL MUSLIMIN...

*YA Allah.....sungguh jahil aku tahap maksimum. ampunkan saya... T.T


      Berikut adalah kalam yang sempat diutarakan oleh Sheikh Ahmad Yasin, mantan Presiden HAMAS sebelum perginya beliau ke rahmatullah akibat tujahan roket daripada tentera Israel laknatullah selepas usainya beliau mengerjakan solat subuh. Satu peristiwa kematian yang amat berkah, apabila seluruh jiwanya menghadap Robbnya, diserahkan hati kepada Robbnya..

     Walaupun kata-katanya kelihatan ditujukan pada bangsa Arab tapi anggaplah kita juga seperti bangsa tersebut dari sudut kelemahan-kelemahan yang disebutkan oleh beliau. Sama-samalah kita ambil iktibar...

Sheikh Ahma
d Yasin
yang begitu kecewa dan sedih dengan bangsa Arab telah berkata:

"Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).



Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi rodaku). Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah, atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah...


Tiada satu pun kumpulan (daripada kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas... Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan;

"Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar berita tentang peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.
 

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami akan tetap mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada'.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kejadian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.


Kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."


:)

Monday, February 11, 2013

Allah, syukran. :)

Bismillahorohmanirohim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, nikmat IMAN n ISLAM memandu cara hidup. Allah, mohon keberkatan. Amin.


Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi.

Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit.
Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”

Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua.

Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah...


Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. 

Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma.

Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

*Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Diuji hamba dengan ciptaanNYA, untuk didekatkan dgn Pencipta
:)