Friday, March 29, 2013

Alhamdulillah

Bismillahirohmanirohim...

Alhamdulilllah, 
berlalu sudah hari yang berkat, penghulu sgl hari, iaitu Jumaat yang patut di isi dgn al Kahfi (diberi perlindungn dr Jumaat ni hingge Jumaat dpn) dan kini menjelanglah pula hari Sabtu,  Allah, cepatnye mase..mg diisi dgn ibadah kpd Allah walau mase berlalu seperti sekelip mata sahaja, Allah, sikit amalanku...T.T

Alhamdulilah, hari ni saya ingin berkongsi bersama kalian mengenai perjalanan umrah saya yang sudah berlalu hampir sebulan yang lalu. Doakan moga saya dapat ke sana lagi selepas ni.amin. 
Alhamdulillah. 
Apa yang dapat saya pelajari di Kota Suci Mekah adalah, subhnallah... Allah terlalu maha pengampun, bagaimana bisa aku tidak jatuh cinta??

betol la apa yang tertulis dalam hadis Qudsi, " PENGAMPUNAN KU LEBIH BESAR DARI KEMURKAANKU''

aku, manusia penuh dosa,noda ni..yang rahsia dosa-daosaku ku dpegang teguh oleh Allah swt, diberi peluang untuk melihat Kaabah, solat di multazam, solat di Hijr Ismail, Allahu Robbi.. syukran Allah, syukran. 

Alhamdulilah, walau terlalu ramai orang sms tawaf, terlalu ramai... namun ketenangan menusuk dihati untuk melalukan tawaf dgn tenang,aku yakin Allah swt yang menjagaku, dan aku tahu dia maha tahu apa dalam hati...Alhamdulilah, keadaan ini aku perlu praktikkan dalam hidup, walau macam mane kesusahan dtg, Allah... Dia lah yg sentiasa dicc, xpernah melupakan kite.. benar.. Allah... T.T

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)


Allah...tenangnya di Masjidil Haram, tempat teraik di dunia, seandainya aku mampu n berpeluang jejakkan kaki di sane, mengapa tidak kamu shbt? sdgkan aku diselaputi dose2, Allah izikan jue...
ALHAMDULILAH...

Allah, saya nak g lagi..:) 

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
 



No comments:

Post a Comment