Tuesday, April 28, 2009

hmm,, nk cari kwn x? jom kite cari kwn cam ni..
















shbt yg jahat perangainya,iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia diransang oleh hawa nafsu syahwatnya.

Dan Saidina Alqamah telah menghimpunkan segala akhlak yang baik dalam wasiatnya kepada anaknya ketika dia hendak meninggal dunia sambil berkata: Wahai anakku ;Apabila kamu mahu bersahabat dengan seseorang, maka bersahabatlah dengan orang yang:

1) Apabila engkau berkhidmat kepadanya maka dia akan memelihara engkau.
2) Apabila engkau bersahabat dengannya maka akan bertambah nilai dirimu
3) Apabila engkau ditimpa kesusahan ia akan turut sama menanggung kesusahanmu

4) Apabila engkau menolong dia nescaya dia akan membalas kebaikanmu
5) Apabila dia melihat akan kebaikan daripadamu nescaya dia akan mengambil berat tentangmu
6) Apabila dia melihat pada dirimu akan kejahatan,nescaya dia menutup kejahatan itu
7) Apabila engkau berkata nescaya dia membenarkan perkataanmu
8) Apabila engkau mengusahakan akan sesuatu perkara nescaya dia menolong engkau
9) Apabila engkau berselisih dengannya pada sesuatu nescaya dia akan mengalah.

No comments:

Post a Comment