Thursday, January 31, 2013

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum wbt...

Sambung lagi perjalanan umrah kita.. Alhamdulillah. Usai solat berjemaah maghrib, pa tersayang masih sempat mengajar perjalanan ke Mekah. Allah. Sungguh, jarang berjumpa dengan manusia sebaik mereka berdua. Maka, doaku, moga pa dan mami berbahagia di tempat yang tiada tandingan seisi dunia. SYURGA FIRDAUS. insha ALLAH.

Setelah berada di dalam kapal terbang, pesan Rasulullah saw, apabila kapal terbang hendak naik ke atas, berzikirlah. Allah Akbar..Allah Akbar.. Allah Akbar..
Doa-doa naik kenderaan dibaca. Moga diberkati perjalanan. Amin.

Makanan juga disediakan iaitu berikutan ia tersedia dalam pakej Umrah.
Alhamdulillah. Saya  kerap kali juga menaiki Air Asia untuk ke KL, dan bukan lah seronok sangat. Bas Tasek Kenyir sentiasa di hati. (AS - KT) :P
Bberada dalam kapal terbang mengajar kepada saya erti seorang hamba. Betapa kita ini adalah hamba Allah swt yang amat..amat..amat.. kerdil,kecik,lemah tidak ada apa-apa..astaghfirullah... Melihat ke bawah dari langit sana, seolah-olah kita tiada.. atau seolah2 aku sedang melihat semut kecil. maka sekali lagi, ingin saya ingatkan, bahawa kita HANYA HAMBA.. patuhilah.ikutilah peraturan empunya dunia. Kita, hanya menumpang. Itu hakikat.

Setelah sampai ke tempat untuk berniat Umrah, maka semua jemaah hendaklah berniat umrah. Boleh saje kalau mahu berniat dari rumah, tiada masalah..takut-takut terlupe niat di Qarnul Manazil, maka tidak jadilah umrah kita. Niatnye berbunyi :

Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengan NYA kerana Allah taala..

Alhamdulillah.
Moga Allah SWT mudahkan urusan. ameen.
:)
Ya Rob, TQ.

No comments:

Post a Comment