Wednesday, January 30, 2013

Insha Allah..

Setelah 3 jam aku akan menungguu di KLIA,dan solat jamak telah siap didirikan,
dan juga solat sunat ihram.  Sampailah saat aku akan terus ke Mekah. Insha Allah..
Pesan mamiku. Jangan diambil tisu yang wangi di beri pramugari, kerana kalau sudah berihram tidaklah boleh berwangi-wangian. Jujurnya aku masih mentah dalam perjalanan ke sana ini, namun harapan ku, moga hati ku ini tidak penat dan tidak malas untuk mencari maklumat menganai umrah. Apa yang aku perolehi, ketika kita berihram.

*Kita tidak boleh memakai wangi-wangian
*Tidak boleh mencabut rambut
*Tidak boleh menutup muka
*Tidak boleh memotong kuku
*Tidak boleh menutup tangan

*Mencabut tanaman di Tanah Haram


Perjalanan ini insha ALLAH, mengambil masa selama 8 jam.
insha Allah, kita sambung lagi lepas ni.
:)

No comments:

Post a Comment