Wednesday, January 30, 2013

INSHA ALLAH

Bismillahirohmanirohim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, berbekal IMAN yang tidaklah mantap mana. Berbekalkan rasa hidup ISLAM yang bukanlah dipraktikkan 100%. Ku gagahi jua untuk tulis nukilan ini, biar dakwah ini mengalir dan mengalir sehinggalah ISLAM bertapak di bumi Allah swt.. Walau usaha ini secebis cuma, namun seruan baginda saya tetap sahut. Sampaikanlah walau satu ayat.

Insha Allah.. hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai perjalanan ibadah Umrah. Allahu Robbi. Tuhan yang Maha Mengatur Rezeki Hamba- Hamba NYA. Moga selalu di bawah list hamba yang dilindungiNYA. Perjalanan hidup diteruskan dan sampailah satu titik dalam kitab LOh Mahfuz, saya dijemput ke Baitullah. Belum sampai lagi, namun telah sampai seruan. Allahu Robbi..Hanya Dia yang tahu betapa saya rasa sangat bertuah kerana dipanggilNYA. Belek-belek kembali amalan yang dilakukan. Serius. Aku juga seperti pendosa yang lain, malah lebih teruk lagi. Allah, teima kasih.

Jadi, untuk mantapkan lagi perjalanan, ingin saya kongsikan kepada kalian bagaimana perjalanan ke Baitullah. Saya pasti dan yakin, ujian akan datang dan terus datang sebagai `charger` untuk meningkatkan ketakwaan pada Illahi. Itu realiti. Dan mungkin sekarang, saya dan anda sedang lalui ujian. Gagahi jua, ia tidak lama.

Perjalanan bermula di rumah. Atau lebih suka saya katakan, syurga dunia. Mandi sunat musafir dilakukan sebelum mendirikan solat sunat musafir 2 rakaat. Sebenarnya mandi dan solat sunat ini bukanlah kita hanya boleh lakukan untuk ke sana sahaja. Seandainya kita ingin bermusafir ke Pahang pun boleh kita lakukan. Dan penerbangan yang akan saya ambil nanti akan terus ke Mekah. Bermakna, saya terus berihram dari rumah. Makanya, Insha Allah, jubah putih dan jilbab putih akan dikenakan oleh saya. Jujurnya hati saya tidaklah seputih begitu, namun rasa ingin dekat dengan Rasulullah saw, memandangkan putih adalah kegemaran  baginda. Seramai 12 orang yang akan mengikuti jemaah yang dibawa oleh papaku sendiri. Allah, sekali lagi, Syukran. :)

Niat dipasak. Segalanya dilakukan kerana Tuhan. Bertawakallah. Harta dunia yang dipinjam Allah  ditinggalkan. Insha ALLAH. yakini ayat Allah, tiada pelindung terbaik selain Allah SWT.

Sesudah sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, penerbangan terus ke KLIA akan diambil. insha ALLAH. pukul 9 pagi. Hanya 1 beg. Dikongsi bersama akak tercinta. Insha ALLAH.

Insha Allah, pukul 10am akan sampai ke KLIA.

insha ALLAH. moga perjalanan ini Allah swt mudahkan.
Do it for Allah, and Allah will settle the Rest.

No comments:

Post a Comment