Friday, February 1, 2013

Alhamdulillah..

Bismillahirohmanirohim..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Berlalu siang Jumaat, dan Sabtu bakal menjelma. Alhamdulillah. Terisi juga hari ini dengan surah Al Kahfi yang banyak disediakan fadilatnya. Antarannya mendapat pengampunan Allah swt dari Jumaat ke Jumaat minggu hdpn. Insha Allah. Seterusnya dapat harungi Fitnah Dajjal terlaknat. Ketika manusia tidak mendapat apa - apa makanan kecuali Allah swt memberi kpdnya sedikit kuasa, maka kuatkan iman. Hanya berzikir . jangan terpedaya tipu daya Dajjal laknatullah.

Untuk entri kali ini, saya nak berkongsi mengenaii KETENANGAN. Walahualam, saya ambil artikel ni dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Alhamdulilah. rasa ingin berkongsi di sini. Sungguh, cetek sekali ilmu saya, maka saya mesti cari dan terus cari lagi.

Setelah saya membaca artikel2 Ust Pahrol, teringat saya pada satu ketika di Penang.. kawan saya menghantar SMS

K : Fatihah, mcm mana nak tenang?
(Saya terkejut sebab jujurnya dia x pernah hantar SMS pada saya)
Jujurnya... saya sendiri susah mahu tenang, sering hati resah. Namun teringat kembali kata-kata naqibah. Kita nak ajak orang ni bukan bermakna kita sudah baik.. tapi dalam masa yang sama kita baiki diri.
Ya. Betul. Dan sekali lagi  ingin aku ingat kan. Aku bukan ustazah. Aku juga seperti kamu.

Balas saya kepada dia.
 F: Jangan tinggal solat.

Dan alhamdulillah. Untuk kali pertama aku berjemaah dengannya. Dan selepas selesai solat,aku memberitahu.. cari punca apa yang menyebabkan K rasa x tenang. N rawat puncanya. N jangan lupa sebelum apa - apa, ceritakan segalanya pada Allah.

Aku bukan sapa-sapa, n jujur aku katakan.. mukanya sama saje. Tidak berubah. X tenang juga. Serius, aku ingat dirinya baik-baik shj, rupe-rupenye  dia juga tidak tenang.Zahirnya nampak gembira sebelum ini, tapi dalam hati siapa yang tahu.

 Ya, kerana aku tidak cukup menenangkan, maka auraku tidak sampai kepadanya. Lemah. Lalu dia masuk ke biliknya. Begitu saja. Maafkan aku K. Aku pun seperti kamu. Jauh dari Illahi.Ya Rob, aku akan berusaha mencintaiMU lagi.

Jadi apa maksud tenang yang sebenarnya?

Bahagia Itu dari Hati yang Tenang

Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.
Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah). Ar rad ayat 28.

Berzikir banyak-banyak pun, tidak tenang juga. Macam mana tu?
Hadirkan aura qauli (perkataan), qolbi(hati), fe`li(perbuatan).. 
Fahami makna zikir..
Hidup tidak pernah lari dari ujian, dengan ujian lah HIDUP MENJADI INDAH. Insha Allah.

* Pokok pangkalnya, kembali kepada Allah swt. *

Ya. Bahagia itu adalah apabila mengingati Dia.
Alhamdulillah.
Hasbunallah wani`mal wakil. 
:)
01 02 013

No comments:

Post a Comment