Saturday, February 2, 2013

Alhamdulillah..

Insha Allah. kita akan sambung lagi perjalanan Umrah yang akan bakal saya jalani nanti. Insha Allah.

Setelah kapal terbang mendarat di Jeddah, ungkapan Subhnallah.. Alhamdulillah.. Allah Akbar.. moga menghiasi. Moga saya tidak lupa. Seterusnya kami akan terus ke hotel. Persiapkan diri, bersuci dan akan melakukan tawaf sejurus selepas itu.

Insha Allah.

7 keliling akan dilakukan,Pa sudah ajar apa yang patut dibaca. dan doaku , Moga Allah mudahkan urusanku. Aku tahu aku hanya hamba, tidak layak ke tempat mulia ini, namun Allah terlalu..terlalu pemurah. ALLAH, iloveU. :)

Tawaf wajib dilakukan dalam berwuduk. Dimulakan dengan bermulanya lampu hijau iaitu di Hajarul Aswad bermula ke situ Allah akbar..Allah akbar.. walillahilham. cukup dengan mengangkat sebelah tangan sebelah tangan kanan diangkat,dicukupkan dan turunkan.. dan terus melangkah sambil zikir doa  ke mulatzam ke pintu kaabah, Hijr Ismail dan ke rukun Yamani, diangkat tangan dan disebut Allah akbar, Allah akbar walilahilham , tidak dicukup disini..sehinggalah ke Hajarul Aswad kembali.  Alhamdulillah.. selesai satu tawaf.
Allahu robbi..aku rasa kerdil. Bertentangan dengan Kaabah adalah arasy Allah swt. Subhnallah!

Setelah selesai 7 Tawaf, aku akan tunaikan solat sunat tawaf di Multazam, Kata pa akan mendapat 200 rahmat sesiapa yang berdoa disini. Dan akan ku ungkapkan segala doa yang dikirim oleh hamba-hambaMU di Malaysia sana. Harapanku. doa mereka Allah swt akan makbulkan, dan aku yakin Allah swt tidak pernah kecewakan hamba-hambaNYA.

Seterusnya aku akan terus mengerjakan Saei. Memperingati sejarah agung Siti Hajar bersama anaknya Ismail a.s. Tidak perlukan wuduk untuk ibadah ini.
Juga dengan 7 kali lari. Lari anak untuk lelaki dan perempuan cukup dengan berjalan sahaja. Allah. mudahkan saya. Allah, bantu saya. Amin. Apabila melihat kaabah. sebutlah. Allah Akbar.. Allah Akbar Allah akbar walillahilam. Sambil mengangkat tangan ke kaabah n mengucup tangan sesudah itu.  
Dan mulakan saei.

Terakhir. Bertahalul. iaitu bercukur.

Alhamdulilah. selesai satu umrah.
Allah. ampunkan saya, Permudahkan urusan ini, amin.
:)
Mengambil pengajran kecekalan Siti Hajar dalam mencari air untuk anaknya.
Mami, syukran alaik kasir, asif kasir kulli hal. Moga dibawah rahmat dan qoseh sayang NYA. amin.

No comments:

Post a Comment