Friday, February 1, 2013

Feqah (Bersuci)

Bismillahirohmanirohim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Mendapat kekuatan dari Illahi untuk meneruskan nukilan-nukilan. Mungkin yang terakhir. Saya pun tidak tahu bila ajal saya akan sampai. Allah, saya mengharapkan HUSNUL KHOTIMAH amin.

Berkenaan tajuk yang saya pilih hari ini. iaitu bersuci.

*An nazhofatul Minal Iman*
bererti : kebersihan separuh dari iman.

Besarnya maksud kebersihan ni. Sehinggakan ia adalah sebahagian dari iman.Ini SERIUS! Jadi sejauh mana bersihnya kita ni? Allah. Ampunkan saya.

Apabila di sebut wanita, pasti ramai antara kita yang menganggap mereka rajin, pembersih, pengemas. Tidak semua begitu.. Maafkan saya, bukan niat merendahkan wanita. Namun itu Realiti. Mungkin anda melihat mereka kemas, pandai bersolek, tudung pun bagus x semestuinya mereka bagus dalam menjaga kebersihan. Malas, nanti dulu lah.. selalu menghiasi mulut.

Dalam penelitian saya selama ini, hanya ada 1 penyelesaian. Ya. Iman.
Itulah jwpn nya. Iman akan memandu sesiapa sahaja untuk menjernihkan hati seterusnya akan menzahirkan pada perbuatan. Ya, itu realiti. Wanita yang melalui tarbiyah berbeza dengan perempuan lalai. Saya tidak tipu. Betul kata Rasulullah saw, pilihlah yang beragama (YANG BETUL2 FAHAM N AMALKAN)

Najis terbahagi kepada 3 :

Najis mukhaffafah - bayi bawah 2 tahun yang hanya menyusu susu ibu sahaja dan cara bersihnya sekadar percikkan air.
Najis mutawasitoh - (selain najis mukhofafah n mugholazoh) cth darah,nanah, najis manusia. Dibasuh hilang bau, warna dan rasa.
Najis mugholazoh.- khinzir dan anjing. Dibasuh dengan 1 air tanah dan 6 air mutlak.

Alhamdulillah. semoga kita mempraktikkan kebersihan ini.
Dan insha Allah. apabila semua nya berada dalam keaddan bersih, maka insha Allah, ibdah pon akan bertambah mantap.
amin.
0202013
:)

No comments:

Post a Comment