Tuesday, February 5, 2013

Alhamdulillah

 


 Bismillahirohmanirohim..

 Assalamualaikum wbt..

 Alhamdulillah. Masih berada dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Alhamdulilah. Insha Allah, kita akan sama-sama meneruskan perjalanan umrah kita. Hari ini saya ingin membincangkan mengenai Saei. Sungguh, tidak sabar merasai kenikmatan bersae. Moga Allah mudahkan urusan.amin. Lari-lari anak adalah sunat untuk lelaki, manakala untuk wanita cukup dengan hanya berjalan seperti biasa.

Pa kata, masa saei ni bebas untuk kita baca apa-apa sahaja bacaan. Mathurat, atau apa-apa doa. Allah, mudahkan saya. Sebelum memulakan saei, letakkan tapak kaki di atas garisan yang disediakan. Menghadap ke arah kaabah dan ucapkan, Allah Akbar, Allah Akbar Walillahilham. Sambil kedua tangan diangkat ke arah kaabah dan dikucup. Subhanallah. Ini boleh dianggap seperti kita mengucup Hajar Aswad. Ibadah Saei ini dimulakan dari bukit Safa dan ke Marwah.

Peristiwa ini berlaku pada zaman Nabi Ibrahim, apabila nabi Ibrahim mendpat arahan dari Allah utk meninggalkan Ismail dan isetrinya di padang pasir dan Siti Hajar akur. Ismail kehausan, lalu Siti Hajar berulang alik mencari air kerana melihat kelibat air di antara bukit Safwa dan Marwah. Setelah itu, Ismail meronta-ronta inginkan air, dan dtglah Malaikat Jibrail atas perintah Allah swt untuk mengeluarkan air zam-zam. Subhannallah. Hebat. Air zam-zam adalah air terbaik dunia dengan molekulnya yang amat-amat istimewa. Subhanallah.

Doaku moga aku jua seperti Siti Hajar. Cekal menunaikan perintah Allah swt dan ikhlas dalam mendidik generasi ku akann datang. amin. :)

No comments:

Post a Comment